Sabtu, 18 Februari 2017

BLOG Berhabuk

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Berada saya disini ingin meluahkan isi hati saya yang dah lama terpendam ni. Tuan-tuan harap bertenang ;) . Macam nak bagi taklimat la pula. Bertarikh 18/2/2017 jam 9.43pm aku start buka semula blog yang dah lama aku tinggalkan. kalau diikutkan aku dah teringat 2 hari yang lepas pasal blog ni. Teringat pun bersebab. Nak stalker nama orang dalam carian google dan ternampaklah blog orang yang aku nak " stalker '' tu. Berhabuk dah blog aku ni. kata kunci nak buka blog ni pun hampir aku lupa, Mujur ade kata kunci lain yang ade rangkaian( telefon  ) . Bertahun dah aku tinggalkan dari tahun 2011. Sekarang kita mula semula dengan kata yang baik baik sikit. Dulu zaman tak berapa nak celik. haha.. main '' bantai '' je . habis semua aku padam entri lama tu. Tergelak sorang-sorang jela. ;)

     Baiklah entri terbaru ni mungkin akan lebih pada kerja-kerja dalam bidang aku iaitu elektrik. Ada manfaat bagi aku untuk akan datang jika gambar dan maklumat yang aku masukkan dalam blog ni. Mungkin akan ada manfaat bagi orang lain juga jika terbaca blog aku ni.  Entri bab peribadi mungkin aku akan selitkan. Tapi tak berapa nak peribadi sangatlah. kalau aku meroyan boleh la aku masukkan. hehe..

    Baiklah selamat membaca bagi pembaca yang terbaca blog ni. Kalau ada salah dalam penulisan dan tutur kata harap dimaafkan. Saya sebagai insan biasa tak lari dalam melakukan kesilapan. Masa sekolah dulu pun Pengajian Bahasa Melayu tak adalah bagus mana. tunggang terbalik juga karangannya.

    Akhir kata Assalamualaikum.